Taken from Nusarhu yahoo group.
On Apr 2, 2010, at 12:19 PM,
Salam 1Malaysia to all!
Yesterday early in the morning (circa 3am) there was an incident took place at my house in lorong 32F where a pair of thieves attempted to steal our car.
Based on reliable sources, this is what transpired:-
i. Around 3am, unidentified car (believed to be a Honda Civic) found their way into NusaRhu.
ii. The car stopped in front of my house (No.7). One crook disembarked and picked his target (Toyota Rush). Crook tried to disarm car security while sidekick waited inside their car (I parked the Toyota outside the porch with engine hood closely fronting gate).
iii. Car alarm activated. Neighbor next door curious and went out to investigate. Crooks caught by surprised and quickly fled with their car. Neighbor tried to alert owner but no one answer door bell (sleeping).
iv. Within minutes after neighbor retreated from scene, same crooks came back discreetly for second attempt. Neighbor spotted them again from master bedroom. Neighbor call police SPK Setia. Crooks became aware and fled for good.
v. Around 3:30am police came along with security committee (Mr. Fuzan). Neighbor told police what happened. Again they tried to alert owner but not successful.
vi. According to police, car theft of similar model and make was reported a day earlier in Subang Permai. Officer mentioned about Honda being spotted as well.
A quick check with our home guard reveals that there was no register of vehicle passing through between 3am to 3:30am other than the police (?). I plan to make a police report if it is admissible to let them aware about this treat to our neighborhood.
I have inspected my car to see what have been tapered; I guess they don't get enough time to do much damage. One thing for sure the padlock for our gate went missing and the gate shackles slightly disintegrated. Probably they need to open the gate for more space in front of the hood in order to tackle security system.
I had taken extra precautionary measures to prevent this from happening in the future. Hope this can serves as a timely reminder to others as well. These crooks may appear to be targeting specific model and make of vehicle, but in its absence anything else might do.
sembang-sembang
Tuesday, April 6, 2010
beware
Posted by harleena at 8:26 AM 0 comments
Tuesday, March 30, 2010
Kesesakan jalan dari Puncak Alam ke Shah Alam
(Info dari blog taman sandaran permai)
Maklumat lanjut telah disampaikan kepada JKR Selangor dan MBSA, supaya mereka meminta bantuan pihak POLIS Shah Alam bagi langkah jangka pendek untuk membantu mengurangkan kesesakan dari arah Puncak Alam ke Shah Alam. En. FARID dari Alam Budiman telah membantu pihak media melapurkan keadaan ini pada 2 March 2010 agar dapat mendesak JKR Selangor melakukan sendiri untuk mendapatkan bantuan POLIS selain duduk berdiam menunggu JKR Petaling yang bertindak. Penduduk kena lakukan sesuatu juga jika mahukan kerajaan negeri bertindak.
Surat bertarikh 1 March 2010 dari Pengarah JKR Selangor telahpun mengarahkan Ketua Penolong Pengarah Jalan JKR Selangor memohon JKR Petaling mendapatkan bantuan POLIS. Pihak JKR masih bertolak-tolak antara satu sama lain. Akhirnya POLIS traffik Shah Alam datang membantu, apa yang dapat kita perhatikan ialah cuma 3 hari sahaja kita melihat POLIS bermula 8 March 2010.
Terimakasih penduduk Resak dan Alam Budiman yang turut sama membantu.
Maklumat ini boleh digunakan jika ingin membuat follow-up pada kerajaan dimasa akan datang.
Posted by harleena at 10:39 AM 0 comments
(Info di ambil dari blog Taman Sandaran Permai)
04 February, 2010
SYOR SUSUR KELUAR MASUK MELALUI GCE KE SHAH ALAM BATU ARANG
Persatuan Penduduk dipanggil untuk menerima feedback dari LLM dan GCE di JPM pada 04/02 2010 jam 11:00am. Pengerusi mesyuarat En. Aziz (BIRO-JPA di JPM) telah meminta penjelasan LLM berhubung dengan syor susur keluar masuk yang disyorkan perlu dipercepatkan pembinaannya oleh LLM dengan melalui lebuhraya GCE.
Wakil LLM dan GCE didalam mesyuarat menafikan pembinaan ramp masuk, malah jawapan mereka ialah memasang paip air di laluan B49। Wakil LLM dan GCE tetap tidak mahu menjelaskan akan henti tugas pembinaan Ramp masuk. Walaubagaimanapun mereka menerima ulasan Persatuan Penduduk Sek U10 untuk di bincangkan di KKR dan JKR negeri.
Persatuan Penduduk telah menerima surat maklumbalas dari JKR Selangor tentang keperluan pembinaan jejantas untuk menghubungkan ke GCE.
Jika LLM dan GCE menidakan perkara ini, penduduk dan JPA juga berasa hairan, apakah isu sebenar yang menyebabkan LLM dan GCE tidak mahu menjelaskan perkara sebenarnya. LLM tidak mengeluarkan pandangannya didalam Utusan KOTA tempoh hari, malah tidak pula mengeluarkan apa-apa penjelasan pada mana-mana media. Tujuan mereka hanya untuk memasang paip air sahaja setakat ini dilebuhraya GCE menuju ke Jalan B49
Pengerusi mesyuarat bersetuju dengan pandangan penduduk Sek U10, terdapat tiga isu yang berlainan didalam perkara Jalan B49 dan Ramp Masuk melalui GCE dan Tol. Oleh demikian Pengerusi meminta agar LLM dan GCE membuat satu kajian semula ramp keluar masuk yang relevant pada masa kini dan akan datang berpandukan ulasan dan cadangan penduduk. Sedapat yang boleh membentangkan syor kajian bersama-sama JKR secepat mungkin. Setelah itu barulah memanggil semula satu mesyuarat bersama-sama wakil-wakil penduduk. Penduduk mengharapkan agar mesyuarat dapat diadakan pada hari Sabtu dan bertempat di Shah Alam ( JKR Selangor-SUK ).
Semua isu ini telahpun dipanjangkan ke Datukbandar Shah Alam, Jabatan-jabatan di MBSA serta Jabatan Korporat juga tidak terlepas untuk menyalurkan maklumat ini kepada MPP Zon 20. Kita berharap MBSA, Pengerusi dan AJK MPP Zon 20 aktif didalam hal ini.
Kita minta sokongan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Selangor turun membantu penduduk Shah Alam Utara tidak kira mana parti sekalipun. Oleh itu kita mahu nampak Ahli Parlimen Shah Alam berusaha keras didalam isu ini untuk penduduk Shah Alam dan One
Posted by harleena at 10:25 AM 0 comments
Sunday, January 17, 2010
Borang maklumat diri
Diharap semua penghuni Bandar Nusarhu dapat mengembalikan borang maklumat diri kepada ketua jalan masing-masing supaya kita dapat mengemaskini maklumat tentang penghuni kejiranan kita.
Posted by harleena at 4:31 PM 0 comments
Wednesday, January 13, 2010
Kejadian awal pagi
Semalam kita telah dikejutkan dengan kejadian polis menembak mati dua orang geng Roy berdekatan dengan perumahan kita iaitu di Puncak Perdana. Pagi tadi, saya dikejutkan pula dengan peristiwa rumah jiran yang cuba dimasuki oleh pencuri. Kejadian berlaku seawal pagi lebih kurang jam 6.30. Kejadian berlaku di jalan 33D dimana pencuri cuba memasuki rumah melalui pintu belakang.
Nampaknya setelah sekian lama tiada cerita tentang apa-apa kejadian yang menakutkan, kini ia bermula semula. Syukur alhamdulillah, segalanya selamat dan diharap kejadian tidak akan berulang lagi.
Posted by harleena at 12:03 PM 0 comments
2 penjenayah mati ditembak
Anggota polis forensik memeriksa tempat kejadian dua
penjenayah di tembak mati oleh polis dalam kejadian awal
pagi semalam di Perdana Heights, Shah Alam.
SHAH ALAM 12 Jan. - Selepas menembak mati dua penjenayah Geng Roy termasuk ketuanya tahun lalu, polis yakin telah melumpuhkan kegiatan kumpulan samun itu apabila dua lagi ahlinya mati ditembak di Puncak Perdana di sini hari ini.
Seorang daripadanya dikenali sebagai Don, 30, adalah adik ketua geng itu, Roy, yang ditembak mati di Kayangan Heights di sini Ogos lalu.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi ini, Don dan seorang lagi anggota Geng Roy, Ferdi, 20, ditembak mati di kawasan tangki simpanan air Puncak Perdana selepas kedua-duanya cuba menyerang polis menggunakan parang.
Ketua Polis negeri, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pergerakan penjenayah itu dikesan apabila orang awam ternampak mereka cuba membuka pintu pagar sebuah rumah di kawasan Perdana Heights dan segera menghubungi polis pada pukul 2.45 pagi.
Menurutnya, sepasukan anggota polis dikejarkan ke kawasan tangki air di situ kerana lokasi itu dikatakan dijadikan transit penjenayah terbabit selepas melakukan kegiatan pecah rumah dan samun.
"Setibanya di tangki air itu, kita temui sebuah motosikal. Tiba-tiba, muncul dua lelaki yang enggan menyerah diri apabila diarah berbuat demikian sebaliknya menyerang polis dengan dua bilah parang.
"Tindakan agresif itu menyebabkan polis tiada pilihan selain terpaksa melepaskan tembakan mempertahankan diri dan ia mengenai kedua-dua suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Pada 21 Ogos tahun lalu, polis menembak mati ketua kumpulan Geng Roy dan penolongnya, tidak sampai dua jam selepas mereka menyamun sebuah rumah di Kota Kemuning sehingga menyebabkan seorang warga emas maut.
Kedua-dua mereka ditembak di Jalan Merak Kesuma, Seksyen U9 dalam kejadian pukul 5 pagi.
Berikutan tumpasnya dua penjenayah itu, polis berjaya membongkar markas operasi geng terbabit apabila menemui pondok yang dijadikan pusat berkumpul bagi merancang kegiatan samun mereka.
Pondok kecil itu terletak di lokasi tersorok iaitu di dalam hutan berbukit di Kayangan Heights yang merupakan salah sebuah kawasan kediaman elit di bandar raya ini.
Dalam pada itu, Khalid memberitahu, siasatan awal mendapati kedua-dua penjenayah yang ditembak mati hari ini tiada dokumen pengenalan diri selain terlibat dalam 17 kes pecah rumah dan samun di sekitar Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam.
Katanya, motosikal yang ditemui itu juga dicuri malah kedua-dua suspek dikatakan pernah mencederakan mangsa dalam sesetengah kes jenayah yang dilakukan.
Beliau menambah, polis turut merampas beberapa peralatan digunakan dalam kegiatan jenayah antaranya dua bilah parang, penutup muka, pemutar skru selain sejumlah wang dan telefon bimbit.
Posted by harleena at 11:56 AM 0 comments
SIAPAKAH.......
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan....
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Posted by harleena at 5:49 AM 2 comments
Tuesday, January 12, 2010
Selamat Tahun Baru 2010. Agak terlambat juga saya ucapkan selamat tahun baru. Sebenarnya, hajat di hati nak menguburkan ajer blog Bandar Nusarhu ni sebab kesempitan waktu untuk menguruskan blog ini. Tapi, jauh di sudut hati, terasa sayang sangat nak melepaskan blog ini. Jadi, itulah persoalan yang sering bermain di fikiran. Berikut beberapa berita sekitar taman kita untuk makluman semua.
Seperti semua sedia maklum, satu balai polis komuniti telah diwujudkan di seksyen U9. Terima kasih juga diucapkan pada Cahaya SPK yang telah memberikan fasiliti untuk kemudahan Balai Polis ini bagi penduduk di Sek U9, U10, U14 dan U15.
Dengan adanya 8 orang anggota polis dan 3 buah kenderaan, ianya dapat membantu penduduk apabila diperlukan.
Sarjan Zainal ialah ketua di Balai Polis Komuniti ini. No talipon balai ialah: 0378466522
Posted by harleena at 2:15 PM 0 comments
Wednesday, September 2, 2009
KAWALAN KESELAMATAN TAMBAHAN SEMPENA CUTI AIDILFITRI
Berikutan cuti sempena Aidilfitri yang akan disambut pada pertengahan September ini, AJK Kawasan Kejiranan Bandar NusaRhu II telah memutuskan untuk mengadakan kawalan keselamatan tambahan di kawasan kita.
Kawalan keselamatan ini akan diadakan dalam tempoh seminggu iaitu beberapa hari sebelum dan selepas Aidilfitri. Ini bermakna sepanjang tempoh tersebut, kawalan keselamatan akan diadakan 24 jam berbanding 12 jam seperti sekarang.
Oleh itu, kerjasama diperlukan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk membuat bayaran tambahan sebanyak RM10 bagi pembayaran kawalan keselamatan bagi bulan SEPTEMBER. Ini bermakna, bayanran yang dikenakan ialah sebanyak RM70.
Semoga mendapat kerjasama dari semua pihak demi kepentingan semua penduduk. Pembayaran boleh dibuat seperti biasa kepada ketua blok masing-masing.
Penduduk yang akan pulang bercuti ke kampung halaman diminta memaklumkan kepada Ketua Blok masing-masing bagi membolehkan pemantauan keselamatan dilakukan. Alamat tuan-tuan dan puan-puan juga akan diserahkan kepada pihak polis bagi tujuan yang sama.
Posted by harleena at 8:29 AM 0 comments
LAWATAN KE RUMAH ANAK-ANAK YATIM
Assalamualaikum semua!
Sepertimana tahun lepas, InsyaAllah, kita akn adakan lagi aktiviti kebajikan spt di atas. Memandangkan tahun lepas kita dapat sambutan yg sangat baik dari warga Nusa Rhu, Sandran Permai, Punck Perdana dan juga lain2 dermawan, dan kita hanya fokus pada 2 tempat saja tahun lepas- maka tahun ini kita sasarkan utk berbakti pada 4 tempat yang memerlukan sumbangan. Mudah2an ..kita dapatmeringankan beban mereka di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. InsyaAllah!
Makluman terperinci adalah spt berikut:
1. Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR), Tmn Subang Permai 47500 Subang Jaya
-49 anak yatim,miskin,terbiar
-usia dari 4 tahun-20 tahun
-menerima apa saja sumbangan yg sesuai
2.Rumah Siraman Kasih No 20 Jln 7/22 Fasa 2 Puncak Alam
-45 anak yatim,miskin
-usia dari 7-12 thn, 25 lelaki & 20 perempuan
-cwngan baru dibuka atas permintaan
-sangat memerlukan makanan
-lain2 keperluan y sesuai
3. Rumah Kebajikan Anak2 Yatim Al Khairiyah / Rumah Tumpangan & Sekolah Anak2 Yatim & Miskin Sg Pinang, Batu 1 ½ Sg Pinang, Jln Kapar 41400 Klang
-56 anak yatim,miskin
-29 lelaki & 27 perempuan
-usia dari 5-17 tahun
-sangat memerlukan wasihing machine besar kerana machine lama dah rosak
4. Kebajikan Anak2 Yatim & Miskin Al Munirah Lot 15772 Jln Johan Setia, Off Jln Langat 41200 Klang, Selangor
-46 anak yatim,miskin
-sangat memerlukan sumbangan wang tunai kerana dalam pembinaan surau
-cadar & sarung bantal
Kita akan adakan lawatan pada tarikh2 berikut:
1. 5/9/09 (SABTU) - ke rumah kebajikan di Klang (no 3 & 4)
2.13/9/09(AHAD)- ke rumah kebajikan di Subang Jaya & Puncak Alam (no 1 & 2)
K ani amat berharap, agar semua yang membaca maklumat ini dapat war2kan sama pada sahabat, saudara dan kenalan samada untuk menghulurkan sumbangan ,ataupun ikut sama dalam lawatan2 kita itu nanti...
Bersamalah kita berbuat amal kebajikan membantu yang memerlukan..
Sedikit pada kita..besar maknanya bagi mereka..
Sumbangan bolehlah disampaikan segera kpd:
1. K ani -016-3168841 ( umah no 28/32k)
2. Aziah -019-3382789 (8/32 H)
3. Zuhrin-010-2940854 (18/32A)
- terutama barangan yg perlu dibuat packaging
Terimakasih dan semoga Allah memberkati dan permudahkan kita dalam urusan
Posted by harleena at 8:09 AM 0 comments