CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

sembang-sembang

Wednesday, January 13, 2010

Kejadian awal pagi

Semalam kita telah dikejutkan dengan kejadian polis menembak mati dua orang geng Roy berdekatan dengan perumahan kita iaitu di Puncak Perdana. Pagi tadi, saya dikejutkan pula dengan peristiwa rumah jiran yang cuba dimasuki oleh pencuri. Kejadian berlaku seawal pagi lebih kurang jam 6.30. Kejadian berlaku di jalan 33D dimana pencuri cuba memasuki rumah melalui pintu belakang.

Nampaknya setelah sekian lama tiada cerita tentang apa-apa kejadian yang menakutkan, kini ia bermula semula. Syukur alhamdulillah, segalanya selamat dan diharap kejadian tidak akan berulang lagi.

0 comments: