CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

sembang-sembang

Tuesday, March 30, 2010

Kesesakan jalan dari Puncak Alam ke Shah Alam

(Info dari blog taman sandaran permai)

Maklumat lanjut telah disampaikan kepada JKR Selangor dan MBSA, supaya mereka meminta bantuan pihak POLIS Shah Alam bagi langkah jangka pendek untuk membantu mengurangkan kesesakan dari arah Puncak Alam ke Shah Alam. En. FARID dari Alam Budiman telah membantu pihak media melapurkan keadaan ini pada 2 March 2010 agar dapat mendesak JKR Selangor melakukan sendiri untuk mendapatkan bantuan POLIS selain duduk berdiam menunggu JKR Petaling yang bertindak. Penduduk kena lakukan sesuatu juga jika mahukan kerajaan negeri bertindak.
Surat bertarikh 1 March 2010 dari Pengarah JKR Selangor telahpun mengarahkan Ketua Penolong Pengarah Jalan JKR Selangor memohon JKR Petaling mendapatkan bantuan POLIS. Pihak JKR masih bertolak-tolak antara satu sama lain. Akhirnya POLIS traffik Shah Alam datang membantu, apa yang dapat kita perhatikan ialah cuma 3 hari sahaja kita melihat POLIS bermula 8 March 2010.
Terimakasih penduduk Resak dan Alam Budiman yang turut sama membantu.

Maklumat ini boleh digunakan jika ingin membuat follow-up pada kerajaan dimasa akan datang.

0 comments: