(Info di ambil dari blog Taman Sandaran Permai)
04 February, 2010
SYOR SUSUR KELUAR MASUK MELALUI GCE KE SHAH ALAM BATU ARANG
Persatuan Penduduk dipanggil untuk menerima feedback dari LLM dan GCE di JPM pada 04/02 2010 jam 11:00am. Pengerusi mesyuarat En. Aziz (BIRO-JPA di JPM) telah meminta penjelasan LLM berhubung dengan syor susur keluar masuk yang disyorkan perlu dipercepatkan pembinaannya oleh LLM dengan melalui lebuhraya GCE.
Wakil LLM dan GCE didalam mesyuarat menafikan pembinaan ramp masuk, malah jawapan mereka ialah memasang paip air di laluan B49। Wakil LLM dan GCE tetap tidak mahu menjelaskan akan henti tugas pembinaan Ramp masuk. Walaubagaimanapun mereka menerima ulasan Persatuan Penduduk Sek U10 untuk di bincangkan di KKR dan JKR negeri.
Persatuan Penduduk telah menerima surat maklumbalas dari JKR Selangor tentang keperluan pembinaan jejantas untuk menghubungkan ke GCE.
Jika LLM dan GCE menidakan perkara ini, penduduk dan JPA juga berasa hairan, apakah isu sebenar yang menyebabkan LLM dan GCE tidak mahu menjelaskan perkara sebenarnya. LLM tidak mengeluarkan pandangannya didalam Utusan KOTA tempoh hari, malah tidak pula mengeluarkan apa-apa penjelasan pada mana-mana media. Tujuan mereka hanya untuk memasang paip air sahaja setakat ini dilebuhraya GCE menuju ke Jalan B49
Pengerusi mesyuarat bersetuju dengan pandangan penduduk Sek U10, terdapat tiga isu yang berlainan didalam perkara Jalan B49 dan Ramp Masuk melalui GCE dan Tol. Oleh demikian Pengerusi meminta agar LLM dan GCE membuat satu kajian semula ramp keluar masuk yang relevant pada masa kini dan akan datang berpandukan ulasan dan cadangan penduduk. Sedapat yang boleh membentangkan syor kajian bersama-sama JKR secepat mungkin. Setelah itu barulah memanggil semula satu mesyuarat bersama-sama wakil-wakil penduduk. Penduduk mengharapkan agar mesyuarat dapat diadakan pada hari Sabtu dan bertempat di Shah Alam ( JKR Selangor-SUK ).
Semua isu ini telahpun dipanjangkan ke Datukbandar Shah Alam, Jabatan-jabatan di MBSA serta Jabatan Korporat juga tidak terlepas untuk menyalurkan maklumat ini kepada MPP Zon 20. Kita berharap MBSA, Pengerusi dan AJK MPP Zon 20 aktif didalam hal ini.
Kita minta sokongan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Selangor turun membantu penduduk Shah Alam Utara tidak kira mana parti sekalipun. Oleh itu kita mahu nampak Ahli Parlimen Shah Alam berusaha keras didalam isu ini untuk penduduk Shah Alam dan One
sembang-sembang
Tuesday, March 30, 2010
Posted by harleena at 10:25 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment