CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

sembang-sembang

Wednesday, September 2, 2009

KAWALAN KESELAMATAN TAMBAHAN SEMPENA CUTI AIDILFITRI

Berikutan cuti sempena Aidilfitri yang akan disambut pada pertengahan September ini, AJK Kawasan Kejiranan Bandar NusaRhu II telah memutuskan untuk mengadakan kawalan keselamatan tambahan di kawasan kita.

Kawalan keselamatan ini akan diadakan dalam tempoh seminggu iaitu beberapa hari sebelum dan selepas Aidilfitri. Ini bermakna sepanjang tempoh tersebut, kawalan keselamatan akan diadakan 24 jam berbanding 12 jam seperti sekarang.

Oleh itu, kerjasama diperlukan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk membuat bayaran tambahan sebanyak RM10 bagi pembayaran kawalan keselamatan bagi bulan SEPTEMBER. Ini bermakna, bayanran yang dikenakan ialah sebanyak RM70.

Semoga mendapat kerjasama dari semua pihak demi kepentingan semua penduduk. Pembayaran boleh dibuat seperti biasa kepada ketua blok masing-masing.

Penduduk yang akan pulang bercuti ke kampung halaman diminta memaklumkan kepada Ketua Blok masing-masing bagi membolehkan pemantauan keselamatan dilakukan. Alamat tuan-tuan dan puan-puan juga akan diserahkan kepada pihak polis bagi tujuan yang sama.

0 comments: