CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

sembang-sembang

Tuesday, January 12, 2010


Selamat Tahun Baru 2010. Agak terlambat juga saya ucapkan selamat tahun baru. Sebenarnya, hajat di hati nak menguburkan ajer blog Bandar Nusarhu ni sebab kesempitan waktu untuk menguruskan blog ini. Tapi, jauh di sudut hati, terasa sayang sangat nak melepaskan blog ini. Jadi, itulah persoalan yang sering bermain di fikiran. Berikut beberapa berita sekitar taman kita untuk makluman semua.

Seperti semua sedia maklum, satu balai polis komuniti telah diwujudkan di seksyen U9. Terima kasih juga diucapkan pada Cahaya SPK yang telah memberikan fasiliti untuk kemudahan Balai Polis ini bagi penduduk di Sek U9, U10, U14 dan U15.
Dengan adanya 8 orang anggota polis dan 3 buah kenderaan, ianya dapat membantu penduduk apabila diperlukan.

Sarjan Zainal ialah ketua di Balai Polis Komuniti ini. No talipon balai ialah: 0378466522

0 comments: