KAWALAN KESELAMATAN KAWASAN KEJIRANAN BANDAR NUSARHU FASA 2
AJK yang telah bermesyuarat pada 22hb Mei 2009 telah bersetuju untuk memulakan aktiviti rondaan kawalan keselatan. Butir-butir adalah seperti berikut:
a. Tarikh mula: 1hb Jun 2009
b. Masa rondaan: 7 pm - 7 am (12 jam)
c. Yuran bulanan: RM60.00 setiap rumah
d. Nama Syarikat security: BTM Security Services Sdn Bhd
e. Tarikh mula kutipan: Bulan Mei 2009
Sehubungan dengan itu, wakil bagi setiap jalan akan membuat kutipan dari rumah ke rumah bermula dari tarikh 23hb Mei 2009.
AJK juga ingin memaklumkan bahawa satu taklimat mengenai kawalan keselamatan akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 29hb Mei 2009
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Gelanggang badminton (sebelah tadika)
Setiap rumah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil.
Perjumpaan akan diadakan secara 'pot luck'.
Sekian untuk makluman.
sembang-sembang
Monday, May 25, 2009
KAWALAN KESELAMATAN
Posted by harleena at 9:42 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam...
Mula sekali, tahniah atas usaha yang dibuat untuk merealisasikan hasrat penduduk mempunyai kawalan keselamatan.
Cuma ada beberapa perkara yg perlu penjelasan. Adakah kawalan keselamatan ini akan mempunyai "guard post", dan tugasan mereka hanya melakukan rondaan sahaja?
Jika hanya rondaan sahaja, adakah kawalan keselamatan tiada pada bukan waktu rondaan?
Adakah ada langkah susulan untuk memperbaiki sistem ini?
Harap dapat dijelaskan.
Apa yang saya tahu ketika taklimat diadakan pada malam 29hb Mei lalu, kita akan menempatkan seramai 2 orang pengawal yang mana seorang akan meronda dan seorang lagi akan berada di post kawalan.
Seandainya inginkan penjelasan yang lebih lanjut, boleh hubungi ketua jalan anda.
emm resit pembayaran?...
ari tu masa bincang dengan encik zul (ketua blok A genap 24/33A ) kata nye semasa bayaran.... pembayar perlu sain pada buku bayaran.... as a rekod...tp rekod utk pembayar x de....blh ikhtiarkan resit utk yg membayar nih....
TQ...
Post a Comment