CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

sembang-sembang

Saturday, January 24, 2009

Perumahan tropika dan Carcosa Bandar NusaRhu terdiri dari 105 buah rumah dan telah diduduki hampir 60% penduduk. Memandangkan kawasan ini masih baru, terdapat beberapa kes kecurian yang berlaku dan hampir-hampir berlaku.

Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi, beberapa orang penduduk telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan penduduk U10/33 dalam satu majlis suai kenal dan selanjutnya untuk melantik Pengerusi serta AJK bagi kawasan ini. Majlis telah berjaya diadakan pada 10hb Januari 2009 bertempat di hujung jalan 33D. Majlis diadakan dalam keadaan santai dan menu adalah secara potluck.

Alhamdullillah, seramai lebih kurang 43 orang penduduk telah hadir bersama keluarga masing-masing. Borang maklumat diri telah diedarkan untuk diisi oleh semua yang hadir. Diharap dengan majlis sebegini, dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara penduduk Bandar NusaRhu U10/33.



Gambar sekitar majlis suai kenal.

















0 comments: